Thursday, February 23, 2012

kemana hilangnya part 2?

tak payah nak mengada sangat cari tajuk entri kemana hilangnya part 1. aku sedang menimbulkan tanda tanya untuk entri lepas yang tak disambung sambung. mula2 memang aku semangat mahu cerita pasal trip ke melaka. tapi itulah, aku jenis tak minum anmum. jadi sel sel otak tak bersambung dan tidak menjana daya ingatan yang baik. yang aku ingat cuma sewaktu pergi melaka, aku ada kerja tak siap jadi sepatutnya aku kena bekerja hari minggu walaupun sedang cuti raya cina. tapi kerana mahu ke melaka, aku pura2 sakit. aku masih ingat, aku hantar sms pada senior aku,

"tak dapat datang opis, demam teruk. hampir tidak mampu berdiri lagi. tapi doktor dah kopemkan bukan strok, akak jangan risau, rabu saya kembali bekerja sepantas mungkin menyiapkan report siap di sign partner terus hantar ke client. hmm. =( "

aku sengaja letak "=(" untuk nampak dramatik dan minta simpati. tapi akak senior jenis tak simpati.

"suruh datang hari minggu terus demam kau ye. ok. esok datang. tak payah nak sakit hingga hari selasa."

esok bermakna isnin. gila apa, aku nak ke melaka ahad, isnin petang baru nak balik kl. jadi aku jawab dengan penuh shariah compliance,

"insyaAllah kalau sihat. masyaAllah kalau masih belum sihat."

aku kira senior sudah tertipu dengan pura2 sakit. malangnya, aku ada kawan yang betul2 menyakitkan, terlepas cakap aku ke melaka. jadi aku dapat satu ucapan selamat pulang yang tinggi nadanya bila kembali bekerja,

"kau buat apa pergi melaka tu? buat pembangunan ke apa lama2 sangat? aku sepak kau kang."

dengan tenang aku jawab,

"amboi kak, tahu la minat safee sali, asyik nak menyepak je sekarang. so suwittt."

aku rasa macam gampang nada sebut so suwit tu. tapi berbaloi rasa gampang, senior aku yang masih cuba menahan ego mahu kelihatan garang, tidak mampu menahan ketawa. lalu gagal menakutkan aku. dan aku terus melarikan diri sambung kerja dengan tenang.

berbalik kepada isu sebenar. walaupun aku lupa nak cerita apa pasal roadtrip ke melaka, aku tetap akan ceritakan beribu cerita. hanya dengan meletakkan beberapa keping gambar. kan bangsa penjajah pernah berkata, "a picture tells a thousand words". kemain tau aku google punya takut salah grammar. tak graduan uitm la kalau tak google.


kadang kala rasa najis pula gambar ni macam cover majalah mangga. tinggal belum buka baju tepi kolam je.


pose pembetulan agar tak cover majalah mangga.


seminggu sebelum gambar diambil, aku hanya tengok kapal selam ni waktu dokumentari je tengah nak bawak turun dari kargo.




ramai sangkakan aaron aziz pakai baju kuning dalam ombak rindu lepas tengok gambar ni. malu saya dibuatnya.

waktu lupa aku pun letak gambar, lepas tu tiba2 aku ingat sikit balik apa nak cerita. dalam kereta, semua baru nak plan apa aktiviti nak buat. waktu tu, ada juga bing bertanya,

"kita nak buat apa dulu ni?"

radzi tanpa rasa berdosa jawab dengan yakin,

"kita pergi karok nak? lama sial tak karok."

mendengar jawapan radzi, capau terus pura2 tertidur. bing terus pura2 jawab kol. penat juga aku fikir aku nak berpura pura macam mana. akhirnya aku hanya mampu pura2 pekak. celaka apa datang melaka semata mata nak karok. jawapan tak mahasiswa lansung.

selepas ada idea mahasiswa, semua menuju ke coconut shake klebang. tapi biasalah gemuruh punya pasal, aku sebut coconut shrek. dan akibatnya sampai ke hari ini, ramai benar order coconut shrek dari aku. mungkin satu hari nanti aku akan bukan perniagaan coconut shrek di raub. logo perniagaan aku adalah makhluk shrek berkepala kelapa muda. kan kena tu.

tengah2 menikmati keaslian coconut shrek eh shake, syaz tiba2 meluahkan rasa terharu.

"setiap tahun aku sambut besday jauh2. tahun lepas ke ..................... (namakan satu tempat yang jauh sebab aku lupa), tahun ini ke melaka."

syaz sedang bercerita dengan penuh yakin sebelum aku memotong tanpa belas kasihan,

"kau ingat kitorang ke melaka ni sebab besday kau ke?"

*suasana sunyi*

*masukkan efek bunyi ombak memukul pantai*

*masukkan efek syaz menangis dalam hati*

*masukkan efek sebatang garpu ada palitan sambal nasi lemak dibaling dengan penuh dendam oleh syaz untuk melubangkan anak tekak aku yang bercakap tanpa perasaan*

-HABIS-