Sunday, June 5, 2011

melanjutkan pelajaran

hari minggu sekarang memang bosan, ajelina pulang bercuti ke damansara. aku di shah alam hanya mampu bersila di hadapan laptop buka facebook seminit dua, blog seminit dua, dan juga twitter berjam-jam lamanya. dah jadi tabiat gamaknya perhatikan timeline baca pendapat2 warga twitter yang pelbagai versi. ada juga yang beri pendapat macam dia adalah tuhan. mahu buat agama baru gamaknya. aku pula, sebagai orang yang banyak menggunakan akal, lebih suka berdiam diri. bak kata Sayidina Ali Abi Talib, lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak dia berkata-kata. jadi aku syak aku seorang yang banyak menggunakan akal ataupun lebih tepat lagi seorang yang suka memuji diri sendiri.

dalam sibuk2 aku membaca timeline, tiba2 tab fb macam berkelip kelip tanda ada la salah seorang member di fb yang masih belum aku unfriendkan cuba mengajak aku berbual. maka aku layankan saja tanda aku memang ada banyak masa lapang.

***

"wei man, ada mana?"

"shah alam."

"ha cun la tu, awal bulan ni kau mesti tak tau macam mana nak habiskan duit. jom la lepak belanja aku. pe salah belanja member sekali sekala."

"eh, kebetulan memang aku dah hantar msg kat semua member ajak lepak aku nak belanja. kau tak dapat ek msg tu? mungkin kau tergolong di kalangan yang bila ada duit lupa member. sekarang mesti tengah tak ada duit kan?"

"cibailah kau. aku student, memang la sentiasa tak berduit."

"eh, aku ingatkan kau dah kerja. tak habis lagi?"

"alaa..nak buat macam mana, hajat orang tua nak suruh aku melanjutkan pelajaran. aku ikutkan jelah."

"perghh..muka nampak bodoh kadang2 malas aku nak ngaku kawan, tapi dah sambung belajar. kau buat master ke pe?"

"tak adalah, aku melanjutkan masa belajar. extend beberapa paper."

***

perbualan tamat di situ. aku terus off9 fb sambung baca timeline twitter.

24 cucian kain burok:

Frodo said...

kau? sambung apa?

sharamli said...

b0leh tahan!

a little less conversation said...

mendiskriminasikan orang yg kurang pandai betul la ko ni man..cikgu ak ckp x baik tau

Frodo said...

anak soleh sungguh ...
bagosss kawan kau ni man

aLeen aVriL said...

mcm bongok je ckp gitu kat member....


hahahhaha.....ko napa dulu x extend jugak man...bole geng dgn dia haaaa..

bact. said...

kejam gila..

kahkahkah

cikpia said...

gila babi punya kejam... babipun tak kejam cam ko.... diskriminasi terhadap golongan kurang cerdik adalah sangat tidak cool!!!

- koroe - said...

extend kat oxford ke?

Razman said...

Frodo:
bukan aku. dia. dan ya, mmg ank yg taat.

sharamli :
lain mcm bunyi. nak usha dia pula dan tinggalkan abang pasad?

a little less conversation :
kat celah mana aku diskriminasi? haha. aku mmg bercakap dgn sume org pn dgn bahasa mcm tu lah.

aLeen aVriL s:
haha. aku mak bapak tak suh lanjutkan pelajaran.

bact. :
pe plak yg kejam?

cikpia :
ok, semua orang pun makin tak paham. tiada diskriminasi. mmg cara aku bergurau dgn member bahasa kasar.

Razman said...

- koroe -:
cukuplah di sini tak habis2.

Frodo said...

cis, mmg lah bukan kau, dia ..
ingat aku x baca abis ke? cilake
hahahha, aku tanya ni,
kau? sambung apa pulak?
aiii xkan x paham?

Razman said...

Frodo :
haha, ye aku tau kau baca habis. malah kau akan datang balik baca reply komen. aku sambung hasrat utk berkahwin.

mendatak hijau said...

sungguh bersemangat kwn ko meneruskan pengajian..haha

DuniakuAbstrak said...

kawan kau tu sayang nak tinggalkan U

мʋтɛ ƨтσяʏтɛℓℓɛя ♥ said...

bijak.. bijak... mesti minum susu yg skolah bagi time kecik.

told la hejauw said...

ngeng....sesuai sgt kau jadi member dia hahaha

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

hahahaha...keji la jeman..!! lawak siot..hehehehe... ;p

Nurul Huda Rahim said...

padahal diri sendiri 'melanjutkan pelajaran' smpai 2, 3 kali tu tak sedar-sedar plak. kah kah kah.

cik Lea said...

sapa weyh?
aku kenal tak?
haha

zarifahmr said...

aku nak komen apa ni pun taktau. baca entri kali ni nak bersin pun tak jadi.

rafiq said...

yang banyak guna akal dia diam je. puji diri sendiri pun tidak.

kawan kau ada blog tak?

Ayu Hasman said...

hahaha gila sengal.tapi betul la kan extend = sambung.lolness~

oranglidi said...

bkn ko ke yg nk sambung 2paper aritu? haha

Razman said...

mendatak hijau :
sila contohi beliau.

DuniakuAbstrak :
syg pak guard mungkin.

мʋтɛ ƨтσяʏтɛℓℓɛя ♥:
dia cakap minum susu lembu.

told la hejauw :
aku tak lanjutkan pelajaran.

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP :
mana satu ni. lawak ke keji?

Nurul Huda Rahim :
kau taknak melanjutkan 'tentang dia'?

cik Lea :
bukan mrsm. raubians.

zarifahmr:
cer try berak.

rafiq :
macam aku? tak ada. tp dia baca.

Ayu Hasman :
so dah pasang niat nat sambung ke tak ni?

oranglidi:
5 sebenarnya.