pagi sabtu baru2 ini ada ajelina ajak keluar untuk lakukan misi memburu. kalau macam biasa dia ajak aktiviti memburu baju, memang aku dah nak pura2 pitam. tapi kali ni dia ajak memburu buku, maka aku bersetuju. walaupun hakikatnya perkataan "buku" dan "razman" membawa maksud yang berlawanan.
sampai sahaja pusat konvesyen shah alam, aku tengok dia punya sesak macam majlis pembukaan court mammoth. jadi aku sangkakan, mestilah ada jualan, tilam ataupun almari dengan harga rm1 macam biasa court mammoth buat tu. tu pasal luar biasa punya ramai, tapi lansung takde. dah nama pun pesta buku.
masuk sahaja dalam bangunan, ajelina dah mula capai itu ini belek itu ini. kalau boleh semua novel dia nak borong. boleh tahan juga dia punya rakus terhadap novel. jadi aku syak hantaran kahwin dah jimat sikit. hantar 11 dulang novel cukup dah. tapi sebagai seorang graduan jurusan perakaunan yang bijak berbelanja ataupun bahasa mudahnya kedekut, aku cuba juga mengurangkan perbelanjaan ajelina. walaupun pada dasarnya tiada kaitan dengan duit aku, tapi aku mahu didik dia agar bijak berbelanja. aku pun pergi ke sudut buku2 berilmiah, aku capai satu buku berkaitan finance. aku tak belek pun, saja nak tunjuk kat ajelina tanda perli. tapi jawapan slumber ajelina,
"oh, ambik lah."
agak mengecewakan disitu. tak paham sarcasm lansung. aku maksudkan suruh kurangkan beli, dia slumber suruh beli lagi. tapi waktu nak letak semula tu, saja aku belek2 dan terus terminat. aku baru baca sikit2, lebih kurang pasal get-rich-slowly dengan hal2 berkaitan finance. buku tu harga dia rm39.90, tapi waktu bayar aku kena bayar rm5 je. rupanya buku lama, maka dia lelong.
sperma cinta akulinglung pun ada jual kat situ, kemain berdiri sama tinggi dengan a samad said dah sekarang ni brader linglung kita. hot tau buku dia sekarang. tapi kan, dia tak bagi diskaun pun. patutnya pesta buku mestilah semua buku ada diskaun. mari kita panggil brader linglung kita untuk tampil menjawab. oleh kerana ini hujung bulan, maka aku simpan niat dalam hati, takpelah nanti mungkin linglung akan hadiahkan free tanda persahabatan.
secara keseluruhannya aku hanya rembat dua buku, satu lagi buku fixi, pecah. ajelina aku malas nak kira. dah la sebijik novel dia pun dah setebal 4 kali ganda novel2 keluaran fixi. aku syak dia bukan nak baca, tapi nak buat pukul lipas. itu kalau kena sipi2 pun kopem mati lipas. sedangkan kalau terjatuh pada ibu jari kaki pun, boleh tertanggal kuku. punya berat.
dalam pesta tu juga ada booth yang promote tusyen la kononnya untuk pelajar2. aku pun perhatikan strategi marketing mereka. macam mana mereka nak tarik ibu bapa untuk daftarkan anak2 walaupun perlu membayar yuran yang mahal. ialah, aku nak juga tahu apa yang best nya tusyen ni. sebab sejak kecil, aku tak pernah berpeluang untuk mengikuti mana2 pusat tusyen. cara aku belajar, waktu cikgu ajar dengar kalau cikgu tu cun, tidur kalau cikgu lelaki. balik sekolah bermain untuk sihatkan badan. badan yang sihat kan menjana minda yang cerdas. dan malam menonton tv untuk menghilangkan stress. kalau stress kan tak sihat. lagipun aku suka berpegang pada prinsip zaman sekolah abah,
"abah dulu tak pernah baca buku pun, paling teruk pernah dapat no 5 keseluruhan."
tidaklah aku tanya lebih lanjut kenapa abah tak sambung belajar lepas sekolah, nanti jadi anak derhaka pula. ok, berbalik pada strategi marketing pusat2 tusyen tadi. salah satu yang aku perhatikan adalah untuk kelas matematik. seorang petugas ditugaskan menarik kanak2 dalam lingkungan sekolah rendah ala2 upsr, seorang lagi ditugaskan menguji ilmu kira2 kanak2 tersebut. seorang kanak2 mula diuji.
16
- 9
?
maka terpinga-pingalah kanak2 tadi, mungkin kerana gemuruh di depan ramai orang memerhati. maka puaslah kanak2 tadi menggunakan segala jari yang ada dengan kening berkerut kerut hingga tampil lebih tua dari usia sebenar. maka dengan yakinnya setelah hampir dua minit, kanak2 tersebut pun menulis jawapan dengan yakin di papan putih,
2
melihatkan sahaja jawapan yang salah, terus petugas buat muka teruja, dan mula berbicara dengan ibu si kanak2.
"tengok ni kak, cikgu di sekolah ajar hari2 tak boleh buat anak kita jadi pandai matematik. tapi kalau akak bagi saya masa seminit je nak ajar anak akak secara percuma, dia akan terus jadi bijak matematik."
ibu mana yang tak bersetuju nak anak dia jadi pandai. apatah lagi dalam masa seminit. seminit, nak masak megi pun mentah. nak donlod lagu pun tak sempat kalau guna streamyx. maka kanak2 tu pun diajar cara menyelesaikan soalan. caranya tambah 1 di belakang, tolak 1 di depan. jadi konsepnya 6+1=7, 1-1=0. maka jawapanya 7. selepas itu, petugas pun beri soalan yang lebih mencabar, 26-9, 36-9, 46-9. 3 soalan, kanak tersebut jawab dengan betul di papan putih dalam masa kurang 2 minit selepas diajar teknik 'ajaib' kononnya. maka terujalah si ibu dan bergerak ke kaunter untuk mendaftar dan menghulurkan yuran dengan segera. tiba giliran kanak2 seterusnya diuji, masih soalan sama. semuanya tolak 9. cumanya tukar jadi 17-9, dan selepas diajar, mencabar sikit 27-9, 27-0. 47-9.
aku tak tahu pendapat orang lain. ini sekadar pendapat picisan aku. aku rasa ibu kanak2 tersebut ditipu. mungkin kerana terlalu menaruh harapan, anak dah besar masih tak dapat jawab 16-9, maka dia sanggup berhabis wang asalkan sahaja anaknya pandai dalam masa sekelip mata hasil didikan "guru ajaib". tidak seperti guru di sekolah2 yang katanya tak boleh ajar anak jadi pandai. bagi aku metematik bukan satu benda yang kena hafal. bukannya kena hafal kalau soalan tu tolak sembilan, kita kena kurangkan 1 di depan, lebihkan 1 dibelakang. jadi bagaimana soalan2 tolak 8, 7, 6 dan seterusnya? aku tak tahu macam mana nak jelaskan, sebab aku bukan cikgu mahupun pakar. tapi bagi aku matematik adalah berkaitan apa yang kita paham. paham nilai setiap nombor. aku diajar mengira sebelum membaca. seusia 6 tahun aku baru nak belajar abc, tapi aku dah boleh selesaikan soalan2 matematik sekolah rendah. darjah satu aku dan boleh congak tambah tolah darab bahagi. bukannya menghapal sifir 1-12 guna buku kecil tu, tapi aku paham nilai, maka aku boleh congak apa sahaja sifir yang nilainya tidak lebih dari dua nombor darab dua nombor. ya, itu sahaja tahapnya, bukanlah hingga menakjubkan macam kanak2 yang tetiba lahir genius.
orang yang bertanggungjawab mendidik aku untuk paham nombor adalah kakak yang kedua. dimulakan dengan ilmu paling mudah paham nilai 1-10, dan bila sudah cekap, diajar maksud tambah tolak darab bahagi dengan memberi gambaran. sambil dia buat kerja sekolah rendahnya, sambil dia terangkan pada aku. aku masih ingat sebiji-biji contohnya,
"kalau bahagi ni, maksudnya berapa biji epal kamu ada, nak bagi sama adil untuk berapa orang. contoh 6 bahagi 3, 6 biji epal, nak bagi sama adil pada 3 orang. seorang mestilah dapat 2 je kan? macam darab pula, terbalik konsep, kalau 3 orang semua ada 2 biji epal, kalau kumpul jadilah 6."
nampak bodoh kan ilmu akak aku ajar? ada konsep bahagi sama adil, ada konsep epal kita, nak kumpulkan ramai2, buat apa? baik makan sorang2. tapi sesuai la ilmu bodoh tu dengan kelulusan darjah 4 sekolah kebangsaan sungai koyan yang akak aku pegang. dan ilmu itu pula diajarkan pada kanak2 5 tahun tak pandai membaca. tapi dengan ilmu bodoh yang buat paham nilai tulah aku boleh aplikasikan dalam hidup. bila abah suruh kakak pergi kedai, aku ikut, aku mula mengira jumlah perbelanjaan setiap barang dibeli, dan kalau bayar guna duit abah bagi, berapa baki ada. dan dengan berapa baki ada, apa permainan aku boleh beli, apa gula2 aku boleh beli. semua aku bayangkan dalam kepala, aku tak bawa kalkulator pergi kedai runcit. dan bila balik, aku terangkan pada abah konsep tambah tolak, untuk abah tahu berapa baki duitnya dan apa yang telah terjadi pada duitnya. maka abah tak jadi marah, sebab anaknya pandai matematik.
begitu juga bila dapat duit raya dari pakcik makcik yang tak ada duit pecah, bagi rm10 untuk kongsi waktu itu baru 6 adik beradik (sekarang 7, abah aku memang kuat, dan aku ada mewarisi baka itu). jadi aku aplikasi kan konsep "adil" akak aku ajar. nak bagi sorang rm2, tak adil pula ada tak dapat. jadi beri sorang rm1, baki rm4 aku pegang sebagai upah mengira. jadi dapatlah orang lain rm1, aku rm5. adil bukan? semua dapat. senang cakap, aku sentiasa dapat bermain kira2 yang menguntungkan dalam kepala otak. sehinggalah kini, apabila aku terlibat dengan dunia investment, begitu mudah untuk aku membuat presention untuk memberi gambaran kasar keuntungan yang client akan dapat walau apa pun figure diberi. maknanya tidaklah aku beri tepat siap sen2, tapi aku boleh bermain dalam kepala gambaran secara kasar setiap % keuntungan akan berikan pulangan sebanyak mana dengan wang sebanyak mana. maka tampil la lebih berpengalaman dan pakar kononnya walaupun hakikatnya masih dibawah pengawasan senior.
jauh aku menyimpang. sebenarnya point aku, aku rasa konsep yang diajar oleh petugas tadi adalah penipuan. matematik adalah pemahaman, bukan hafalan. hafalan hanya untuk memudahkan sedikit proses mengira, bukan menjadikan kanak2 bijak mengira. dan boleh aku katakan, hafalan adalah sia2. sia2 hafal sifir, sebab besar nanti guna kalkulator juga. yang penting adalah paham konsep2 asas matematik. dah paham asas dengan kuat, berlatih, praktikalkan. bawa anak pergi kedai, bagi dia duit, suruh dia kira sendiri berapa perbelanjaan dia, berapa baki dia. setiap barang dia ambik tak kira permainan ke makanan, suruh dia jumlahkan perbelanjaan, kalau salah letak balik. bukan tunggu kaunter scan, hulur duit, ambil duit baki. kalau semudah 16-9 kanak2 tu tak dapat selesaikan, maknanya yang perlu diajar bukannya tolak satu depan tambah satu belakang. yang perlu diajar adalah mengira semula 1 hingga 10 dan paham balik nilai 1 hingga 10.
nota promosi : kalau dah malas sangat nak latih kanak2 matematik, nak juga dia cepat pandai dalam masa seminit, beli buku sperma cinta aku linglung, baca bab sameon pandai matematik.
Tweet
34 cucian kain burok:
first.
demn. berjaya jd first. kah kah kah.
demn. dan berjaya jd second. and of coz, third oso. kah kah kah.
oke. sorry jeman. tade niat nak troll. tp mmg dah ter troll. jd teruskan ja lah. hihi.
jeman, kad kawen aku sampai dah? aku dah pos aritu. aku punya la penat gila duk asingkan dlm selangor dan luar selangor. satg posmen dtg rilek ja ckp "hah. masuk je semua sekali. sekarang mesin dia dah canggeh. bleh asingkn sendiri". kuang ajaq beteiii.
nak cukupkn 6 sebenarnya. sempena besday aku 6 disember. kah kah kah. annoying oh? oke dah bye.
Nurul Huda Rahim :
memang sume orang yg nak kawen dia akan jadi gila ek? haha.dan ya, kad kawen belum smpai! aku tgu hga kul 12 kang, kalau tak sampai, aku anggap kau ajak2 ayam je. tak jatuh hukum wajib pergi.
haha Nurul Huda.. Klakar....
kene tipu hidup2. haih
rajman.
ilmiah bhai.
aku suka. hahah
patutnya print post kau ni pastu tempek kat booth pusat tuisyen tu.
betul apa kau cakap razman
matematik neh pahaman, bukan hafalan..
tapi apasal point dia jauh sangat menyimpang?
yeahh... pesta buku...
jom join contest...
http://isma-lovetowrite.blogspot.com/2011/06/contest-ayu-cardigan-topi-tampan.html
::FAIZ FARISH:: :
dia meroyan nak kawen tu.
EZAN IDMA :
dh mati cmne nk tipu?
-li.zue- :
haha. pastu aku hentak dgn brader2 tusyen tu.
bact. :
sbb bm aku fail, maka karangan mmg bese menyimpang.
isma:
tetiba yeah pesta buku. padahal bukan tu topik perbualan. mesti baca tajuk je kan?haha
ko patut jd cikgu matematik lah
kadang2 budak ni bukan tak pandai, tapi dorang malas. lambat sikit nak paham. contoh, cikgu ajar satu ayat, belum sampai setengah ayat, budak2 dah malas nak dengar. tak fokus.
last2 ape pun tak paham..
ah. Sungguh berilmiah. *kesat air mata*
-afiqsiddhartha
herr ! yg plg kelierr nya aku pon ikut menyimpang sekali . hahaha
Budak tu yang problem sebenarnya. Kalau dia genius mesti dah pandai macam Razman.
Perghhh.
Boleh buat buku teks entry ko neh.
Panjang lebar, padat dengan isi isi penting.
Hahaha.
Roza Ami Nanomiya :
pernah ngajar tusyen matematik..haha.
rafiq :
malas dlm kelas tu soal lain. ramai cmtu. sbb ma3 sekolah rndah xperlu nk ke kelas sgt.
Anonymous :
abam nak kena siku?
annie :
maknanya kte dh jauh menyimpang, so bila nk kembali ke pangkal jalan?
Pisey :
kalau dia syndrom down, tu mungkin prob, tp kalau dia berakal normal, cuma takde org ajar dia. adik yg bawah aku, plg lmbt membaca, dan sgt lembab ma3 jugak. duk kls bawah3. drjh 3 baru nak reti2 sikit, tp sekali dh paham, kekal jd best student hga skrg. dan akan ke jepun bulan 3 nti. mknanya, awal2 dia bengap sbb tak paham basic je.
Judiene :
kalau la buku teks seringkas ini, aku dh rajin membaca dulu.
sumpah best ke buku sperma cinta linglung tu?? ko beli tak?? klu beli aku nak potostat wlupon aku tau bakal patah riuk jgak tengkuk aku klu linglung baca komen aku ni..=p
teacher Eisya dulu cun je
apsal ko tido jugak
ckp jela hobi ko memang suka tido dlm kelas
AyuE SurihanyOt :
sbnrnya aku tak beli, tp kan aku selalu bce blog linglung. aku tgu ko beli la, nti aku pnjam tnpa pulang.
cik Lea :
miss eisya dlu laen, kau kena tau gak faktor lain. dia ajar english, haram jadah aku tak paham. hahaha
bisnes kotor, ape cara sekalipun asalkan dapat profit
aku lain, mungkin pelik sikit
aku menghafal, praktikkan kemudian bila dah banyak kali praktikkan baru aku faham dan terus ingat
Bab matematik aku jenis menghafal dulu baru faham tapi kena praktikkan la, kalau menghafal semata-mata memang tak lekat kat otak
salam kenal.. rajin2, jemput singgah ke blog hamba kalau nak baca pengalaman hamba mengembara ke 46 buah negara.. :)
terima kasih.cgu math ni akn cbe praktikkn,,
skng da ada 7 students..
kemain laki bini ni ulat buku memasing
pjgnyer entry ko razman...kalah citer nora elena ni
perghh... awal2 citer beli buku last2 jadi kira matematik..
hebat lu brader..
nanti aku rekemenkan kau dekat company mak aku.. kau nampak macam ada bakat dari segi marketing..
DuniakuAbstrak :
yup, mcm aku ckp, hapal tu just permudahkan. cuma aku tak suka statement "cikgu di sekolah tak dapat ajar anak jadi pandai." dia yg ntah siapa2 lak yg knon hebat leh ajar ank org sminit pndai.
JHaZKiTaRo:
ws. yg mnjemput ni bce blog org juga or sekadar spam kat ruangan komen semua org?
cikpepel:
taknak bukak booth ke kat situ cikgu? lawan blk statement dia. sesuka hati ckp ckgu xleh ajar bdk jd pndai. dia je. haha
zarifahmr :
kemain bikpah ngan fatul apekesni ulat bulu mereyam masing2...
suhaili sulaiman :
tgk tema ats tu. pesta buku. kalau pndek mcm ni pn mlas baca, msti tak mnat bce bku.
hamzah ian :
sbb tu dlu spm karangan aku selalu terpesong.
ENCIK TIKUS:
kira mak kau cmpany MLM?
aku yg budak math ni pun lmbt gak mengira nak2 kira duit mmg lmbat syial hehe...
pepun entry yg best dan aku ase malu ar kalo x bijak mengira mcm ko ^_^
hahahahaha...ko ulat buku ke razman?
http://n0n0n-23enigma.blogspot.com/2011/07/ini-blog-ke-sampah.html
hee dulu dulu aku pun selalu gak guna formula matematik ni lepas ada ejen dtg jual set matematik kt sekolah aku
siap ada percuma magic kaler yang kena tiup2 btg dia kalau nak kuarkan warna
weii razman.bila kau nk dtg blog aku?
tacing tahu.
Post a Comment