aku paham apa yang kamu semua fikir. tapi sebenarnya salah fikiran kamu tu. aku bukan nak sambung pasal muka ustakberd macam thomas arya yang entri lepas tu. ni thomas arya lain pulak. itulah orang kata, jangan cakap ikut sedap, nanti jadi doa. elok2 bahan berd macam thomas arya, terus jumpa thomas arya lagi.
khamis lepas aku ingat nak clear cek beberapa ratus keping yang kesemuanya bernilai ribuan ringgit daripada nuffnang. lama sangat dah tersimpan lupa nak clear. yelah, selalu sangat dapat sampai dah tak hargai. mula2 terjumpa cek2 tu semua, ingatkan novel tebal sangat, rupanya cek. tak sangka betul, ini semua hasil kamu semua rajin klik nuffnang aku. #sarcasm.
waktu giliran aku di kaunter, aku nampak brader kaunter macam senyum sinis sikit tengok amount yang tertera di cek. kalau senyuman manis, mahu juga aku balas. tapi brader tu senyum, ada lada lekat di gigi. aku syak pagi tadi dia brekpes nasi lemak. nasi lemak tu mesti bukan orang kelantan yang masak. sebab kalau orang kelantan masak mesti sambal dia manis. tapi brader kaunter tu senyum lansung tak manis. senyum sinis tu tanda brader tu tak pernah tengok amount juta2 macam tu. cuba teka berapa kali 'tu' aku guna tadi? mungkin brader kaunter sangka itu duit hasil penipuan MLM. maka dia mula teringat kenangan silam yang dia pernah jual motor nak masuk MLM, tapi akhirnya dia hanya mampu beli tiket bas rapid kl untuk ke kelas. macam tinggi sangat imiginasi aku tu.
dalam sibuk brader kaunter tu uruskan cek2 aku yang beratus keping tu, brader kaunter sebelah tiba2 memanggil nama orang. mungkin tadi dia suruh makhluk yang dipanggilnya itu duduk dulu kerana dia lambat buat kerja, sambil buat kerja sambil on9 facebook. dengan penuh ayu dia memanggil,
"thomas lee."
suasana masih sepi tanpa sahutan. aku pandang belakang, tiada siapa pun bangun. lagi sekali brader kaunter sebelah memanggil,
"thomas lee."
masih lagi sepi. aku syak thomas lee tu dah balik sebab nak add brader kaunter sebelah kat facebook. berulang kali brader kaunter sebelah memanggil, masih tiada yang tampil. sambil tu aku dengar juga brader kaunter merungut kerana kehilangan thomas lee.
"mana pulak budak gemuk ni tadi..." brader kaunter mengeluh perlahan.
aku tanpa segan silu pesen suka menyampuk tak beri salam, terus beri pendapat ala-ala orang bijak pandai.
"abang nyanyi je lagu thomas arya, lagu bunga tu. baru dia nak datang agaknya. kalau tak, memang pekak."
aku beri idea dengan nada suara berhemah sekadar untuk didengari brader kaunter sebelah. brader kaunter sebelah tergelak sikit, jadi aku buat kesimpulan gurauan aku diterima. tapi bila sedar ada seseorang telah muncul di kaunter sebelah, aku sedar gurauan aku tak boleh diterima. ada mata sedang menjeling ke arah aku. seorang cina obesiti dengan lengan sebesar 2 kali peha aku, pakai rantai dan gelang emas. gelang ac mizal mungkin. walaupun tak ada tatu, sudah cukup buat aku berdoa agar urusan aku segera selesai untuk aku menjauhkan diri dari bank tersebut. mujur aku tergolong di kalangan orang yang makbul doanya. urusan selesai. dengan langkah ibarat pelumba jalan kaki, segera aku meninggalkan kaunter tanpa menoleh ke arah thomas lee lagi.
Tweet
14 cucian kain burok:
bab mengata 0rang memang cekap kan
bila kau tulis pasal nak masuk mlm kena jual moto, ttba aku teringat cerita pasal sorang kawan kepada kawan aku.
dia tym skolah adalah sorang budak laki yang mmg loser, nakal. kalau orang tgk de, mmg takde mase depan la. kaw2 pnye suka main2 taknak blaja. lepas je habes plkn, de tekad nak masuk mlm. de jual motor dia sebijik.
dan skang kau nak tau de ade ape? kereta dia 2 bijik aku tak igt kete ape tapi hot punye, apartment ada 4, awek pun ada 4.
Eh lagu bunga 2 sy0k kal0 pegi kar0k..el0k pulak video tu abg th0mas xbutang baju haha..
cina obesiti tu jeling kat ko sebab aku rasa dia ada niat di hati untuk berduet dengan ko berkaroke lagu bunga,thomas arya tu..
kalau dia tumbuk mau lebam bijik mata kau man
sekali thomas lee tu kakikan kau , perghhh
KAHKAHKAHKAHAK.
oke.
*klik nuff*
skali thomas lee dengar daa. haha
cepat betul dah kecut. heh!
kalau agak die nak hentak ko hulur je cek tu. knfem selamat.
ade eh lagu thomas arya?
ce nyanyi ce nyanyi
ha3... lama xsinggah blog kau man. kau gi kenduri aie???
sharamli :
takkan nak mengata dulang pula? nti paku serpih.
hannamaruku :
ya, org yg bjaya dlm MLM satu dalam seribu. yg lain fail. tp sng ckp aku tak suka MLM sbb byk penipuan, yg diorg pk asal dpt duit org, paksa n desak tak pikir bdk tu student susah dpt duit ke pe.
told la hejauw :
itulah. kalau karok lagi bunga, balik boleh hilang suara.
a little less conversation :
haha. kalau nak karok takpe, takut aku balik2 dah takde tgn.
zarifahmr :
aku bersyukur kalau lebam biji mata je.
annie :
aku lari. haha
Aqila Safuan "
oke.
Blogger Pa'tam :
hye patam. taknak edit entri yg ni ke?
EZAN IDMA :
haha. aku rasa dia dah lama nyorok blkg aku sje taknak muncul.
Titel :
mana ada kecut. aku nak balik cpt waktu tu.
rafiq :
cek nama aku, dia takleh clear gak.
cik Lea :
ada la. malas nyanyi, kang kau suh ulang lagi.
ariff :
haha..yelah arip, sejak kau busy dgn blog epic kau tu, aku selalu usha tau. g kot..budak2 ni rmai g.cme aku tak tau nk g dgn spe lagi.
Post a Comment