Wednesday, July 20, 2011

pisang emas dibawa belayar

dari tajuk di atas aku harap semua orang paham, meletakkan tajuk sesuatu entri adalah lebih sukar dari mengarang isinya. selain itu, pisang yang sedang belayar itu tidak membawa apa2 maksud lucah kecuali otak kamu memang kuning seperti pisang.

sudah seminggu lebih aku bercuti di raub. hidup tak bekerja ni memang gembira. mana ada orang suka kerja. tapi duit yang makin menipis memang tak menggembirakan. kalau lepak malam2 kat mamak aney tu salah kira terlebih 10 sen, memang boleh jadi gaduh. silap2 esok ada makan free kat mamak tu kenduri tahlil.

untuk mengatasi masalah kewangan ni, aku mula bantu ijat buat bisnes. mudah dan tak perlu keluar modal. hanya bergantung pada luck. contohnya ada satu petang di kopitiam, kemal mengirim barang pada ijat dengan harga rm30. kemal hanya ada duit rm50 kerana dia baru dapat gaji. kalau hujung bulan mestilah penuh duit rm1. ijat pun tiada duit kecil kerana nak menunjukkan dia tokey besar tidak bawa duit kecil. maka aku yang kebetulan berada disitu terus mengambil rm50 kemal dan memulangkan rm20 kepadanya. rm50 terus aku masukkan ke dalam poket sendiri tanpa rasa bersalah.

bila bercuti panjang ni, takkan lah setiap hari nak melepak kopitiam di petang hari dan mamak di malam hari. jadi aktiti lelaki2 sejati seperti memancing memang jadi pilihan. ialah, raub ni bukannya ada pavillion boleh usha adinda evans. kalau lepak2 minum yang banyak nya nyonya2 tua pakai legging. habis2 yang kau nampak legging jadi longgar macam seluar tidur dan ada kedut2.

bila sebut memancing ni, aku memang terkejut dengan perkembangan sekarang. dulu kalau sebut mancing, habis2 ijat je semangat. sekarang kemain ramai yang berminat. wong manusia paling tegas mengatakan memancing sangat membosankan satu ketika dulu, sekarang sudah jadi kaki kencing juga. maaf, kaki pancing. kalau kaki kencing tu memang dari dulu. sekarang sekali gerak hingga dua kereta ke seluruh pelusuk sungai, hutan bagai. hingga ada satu malam berjumpa kawasan kem askar wataniah buat latihan di latar lembik. maka tak dibenarkan memancing di dalam kerana ada bahan letupan kononnya. memang dengar letup2 dalam tu, tapi aku syak diorang main mercun mancis.

boleh kata kerap juga kami memancing cuba pelbagai tempat yang orang katakan lubuk kononnya. tapi setelah aku kira2, jumlah berat batu pencing yang hilang akibat tersangkut pada kayu dalam sungai adalah lebih berat dari jumlah berat ikan yang berjaya dinaikkan.

bermula sabtu lepas aku sudah tidak memancing, tekak diserang bakteria jahat yang digambarkan sebagai raksasa bewarna merah seperti dalam iklan gula2 melegakan sakit tekak. efeknya sangat hebat, demam tak kebah2 hingga hari ini. bila batuk adakala berdarah sedikit. memang seksa terperap dalam rumah. dia punya bosan sampai buat aku rasa nak bercakap dengan dinding. dinding mukabuku maksud aku. jadi aku mula aktif semula dengan mukabuku yang selama ini sangat terabai. aktif bermain empires & allies sebenarnya.

empires & allies ni memang ada aura tersendiri. sampai senang cakap rasa nak unfriend siapa yang tak main. apa guna ada facebook kalau tak main empires & allies?

19 cucian kain burok:

bact. said...

kesian2.
jgn smpai frenlist ko tinggal ajelina puniandi saja sudah la

AyuE SurihanyOt said...

aku rasa nak block ja org main empire kejdah tu..

Lea IsNaw! said...

eh ko dh berhenti kerja ker?

marina anakcikbob said...

ajelina tu main ke idak? kalu idak, unfriend saja lah.

.sweet-ants. said...

cer try mancing kt kg baru jerantut. syok woo..ikan pon lebat

n0n0n said...

xminat la aku nk main....hahaha....ko mancing ada dapat selipar tak razman?kalo blm maka sebab tu kene badi demam xdapat selipar....hahahaha

Razman said...

bact. :
yg tu kalau takde dalam fren list pn, dlm hati kekal. haha

AyuE SurihanyOt:
ah, kau tak main lagi sia2 ada fb.

Lea IsNaw! :
yup

marina anakcikbob:
main. tp dia taknak tlg hantar part kat aku pun.

.sweet-ants. :
aku dh mcm2 tmpt dgt org ckp ikan byk, tp pergi2 air kering skrg. takde sgt ikan.

n0n0n:
selipar belum. tp spendar penah.

told la hejauw said...

lah kau tak sehat...get well soon..tapi otak kau mgg xde harapan tok sembuh eh?? hahha...


p/s: weh aku baca novel ni "Diari mat despatch- lelaki baik" penulis dia bahruddin bekri...dia tulis sengal mcm kau weh hahha

eiffel said...

'empires & allies ni memang ada aura tersendiri.'

entah kenapa aku terbaca aura tu jd aurat.lulz

bighagenjo said...

:)

King Jantan said...

aku layan game budak2 mudah...haha

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

hooo..dak tak keje ek.....ape bikin kt raub..? hehehe...aku org pahang tp tak penah smpai raub pon.... T__T

-li.zue- said...

seronok lagi main mafia wars. ganas. dpt duit byk2. boleh main bunuh-bunuh.



tp sayang.takde tunjuk gamba org lawan pun. choiiiii!

ko pancing aweks eh razman? hehe

Miscellaneous Smiles said...

peh tragis

cikpepel said...

aku layan pet society je.

ama said...

tak sambung belaja ke wei?

Lilo said...

sy layan farmville.. he3

Hidemichi said...

giler dah lama gua tinggalkan game2 kat FB...
berkenaan tajuk tu, kalau pisang emas dibawa berdayung tu bleh la fikir yg bukan2...

AkU said...

Razman....muahahaha...aku kembali..ko maen meh Empires & Allies...ish2..ingt an ko no set2 maen..Fashionista bagai...ngehngeh..