Thursday, October 13, 2011

jalan yang benar

tengahari tadi aku perlu ke wisma tun sambanthan. tak, sebenarnya pagi tadi aku perlu ke wisma tun sambanthan, tapi atas sebab2 tertentu, mengantuk contohnya, aku pergi tengahari. malam itu ada juga aku pesan pada ajelina suruh kejut pagi, dan dia menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi. panggilan pertama pagi itu, amboi lembutnya suara kejut bangun pagi, terus terlena kembali aku diulit mimpi. panggilan kedua pula amboi tingginya suara terus aku ke bilik mandi.

siap2 mandi jam sudah jam 12 tengahari. jadi bila keluar rumah, tak ada makna la aku nak buat2 sedut udara pagi sambil mengepak ngepak dengan penuh keasyikan. aku terus melangkah dengan longlai tapi bergaya. tiba2 aku tersentap. aku tatap honda city warna hitam depan mata aku. ada kesan calar panjang yang macam saja dikhianati guna duit syiling. aku mula meradang, siapa pula buat celaka macam ni? dah la tengah2 bulan ni duit nipis. mujur aku dapat tenangkan diri lalu kembali berfikir secara rasional. tiada sebab aku nak meradang kerana aku bukan pemilik kereta honda city tersebut dan lansung tak mengenali pemiliknya. bila memikirkan hal ini, aku terus tersenyum dan melangkah ke arah motor ku dengan gembira.

ketika menunggang motorsikal, cuaca tiba2 bertukar jadi mendung. dan aku pun tiba2 teringat aku tak tahu jalan. jadi kalau aku teruskan menunggang, sudah pasti aku akan basah dalam kesesatan. kalau terjadi peristiwa sedemikian, sudah tentu aku sangat sedih dan mampu menghasilkan novel, "basah di jalan yang salah." maka berebut rebutlah remaja keji yang suka membaca membeli. hanya kerana perkataan "basah". memandangkan aku seorang yang dilahirkan bijak menyelesaikan masalah, aku memilih untuk segera menukar laluan ke sekyen 2 shah alam untuk menaiki bas.

di sekyen 2, aku singgah di kedai rahmat untuk membeli setin coke. ok, macam tak penting nak cerita beli coke. keluar sahaja kedai rahmat, ahmad bertanya pada aku sama ada aku tahu jalan ke puncak perdana atau tidak. dari mana datangnya ahmad tiba2? ya, aku pun tak tahu. aku main petik je nama dia ahmad. ahmad menunggang motor seperti aku. jadi aku akan berasa kasihan jika dia basah sebelum ketemu puncak perdana.

"puncak perdana bukan kat sini bang. macam mana lepas sini?" aku cuba berdalih taknak tunjuk sangat aku tak tahu jalan ke puncak perdana.

"ha, tulah. tadi ada tanya orang dah, tapi macam tersalah jalan pulak."

"ok2. tak apa. abang ikut arahan saya ni, saya tunjukkan jalan yang benar. tapi dekat sini susah nak tunjuk. saya nak lintas jalan kaki ni ke depan tu dekat kolej jati tunggu bas, abang naik la motor berhenti dekat situ jugak."

"ok2."

setelah persetujuan dicapai, aku dan ahmad nama yang dipetik berjumpa kembali di perhentian bas depan kolej jati.

"ok bang. sekarang ni senang je. jalan nak ke puncak perdana ni berbelit sikit. sekarang ni abang nampak tak bas U605 ni nak gerak dah? abang follow je. bas ni ke puncak perdana."

aku jawab dengan penuh yakin.


19 cucian kain burok:

fiziksis said...

sebenarnya apa moral cerita awak ni?

n0n0n said...

betul ke razman bas tu nk g puncak perdana?ke ko main petik je?hahahaha...apsal ko xsuh je dia naik bas td?

Lea Isnawi said...

betul ke x ko neh?
ish kesian ahmad tu...

pssttt ahmad tu hensem tak?

chah~ said...

aku harap abang tu ingt muka ko.

Not so Randy said...

aku suka part Honda City tu..haha..

The Mind said...

Google Map sudah.

Anonymous said...

Perjalanan patut satu jam, jadi dua jam. Muka aku kelabu, kulit aku dah tanned2 ala2 kau. Terima kasih Razman :') Yang mendendamimu, Ahmad with laf laf laf <3

cikpia said...

aku cuba kaji dan dalami cerita nie untuk kaitkan wisma tun sambanthan + ahmad + razman yang keji + bas U605 + puncak perdana........ aku gagal!!!!!

Pala Maldini said...

hahaha!! memang cam siot punya penunjuk arah

::FAIZ FARISH:: said...

:)

Razman said...

fiziksis :
jangan bermain di tepi tangga.


n0n0n:
betul. sbb aku mmg tau bas tu ke puncak perdana. cuma cmne jalan nk ke puncak perdana tu aku tak tau.


Lea Isnawi:
dia bernasib baik jpe aku kot. kopem2 tak sesat. bas tu mmg ke puncak perdana. ahmad tak hensem, tapi razman sgt hensem.


chah~ :
utk dia ucapkan terima kasih?

Not so Randy :
aku tak suka part tu. sedih mengenangkan aku masih belum memiliki honda city.


The Mind :
kalaulah dia ada smartphone mcm anda kan?


Anonymous :
amboi ahmad, tak sangka kau baca blog aku.

cikpia :
kan? aku pun tak paham apa motif intro aku dgn ending yg cbe disampaikan.


Pala Maldini :
tepat. itu yg penting.

::FAIZ FARISH:: :
kau senyum bg pihak ahmad?

a little less conversation said...

aku merasakan ahmad kebasahan juga kalau dia mengikut bas U605

Razman said...

mungkin ya, mungkin tidak. aku harap ahmad bernasib baik. tapi sekurang kurangnya kalau basah pun, dia sampai ke destinasi yang dituju.

told la hejauw said...

patot dicarut sahaja beliau ni hahha

suha said...

sumpah,kalo pon awk ade sume ciri yg patot dirogol cm entry cik suha,xjd rogol punye..failed!


(taktau cmne leh terkomen camtu)


(^_^)

rafiq said...

mudah. tak fikir panjang.. haha

auni_miyukie said...

sila terjah sini..
http://aunimiyukie.blogspot.com/2011/10/jom-bw-d-sini.html

t'promote anda sudey~

Razman said...

auni_miyukie:
terima kasih.

Anonymous said...

jgn slalu sgt nak mnipu..pelangkung kepala kau jap g