bila aku updet blog secara dua hari berturut turut, ini bermakna aku sedang mengular kerja. gila apa kerja malas buat, nak balik rumah tak boleh, terpaksa duduk depan laptop, tapi tak updet blog. orang gila saja macam tu.
ok, aku ada sedikit pengumuman yang diamanahkan untuk disampaikan pada kamu semua oleh ketua wanita umno yang baru, amal hamsan. lejen press (bukan parti politik namun dipimpin oleh ahli politik kapitalis) akan memberikan 5 buah buku secara percuma kepada mereka2 yang berpendapatan bawah rm3000 pada 10hb disember 2011 bersamaan hari sabtu ini. pemberian buku percuma ini boleh dituntut tanpa mengisi apa2 borang di uya distro, ss15 subang jaya. untuk maklumat lanjut sila KLIK.
antara buku percuma yang akan diberi adalah couple book ( hero & heroin ) 2 buah buku berbeza yang ditulis oleh pasangan yang sedang hangat bercinta, brader leplep dan juga amal hamsan. mengikut kata pasangan ini, cinta mereka yang baru masuk bulan ketiga, memang masih membara sehingga mampu menerbitkan novel hero dan juga novel heroin. cinta mereka yang tidak dapat dirungkai dengan kata2 telah dibukukan untuk disemadikan sepanjang hayat. mereka juga bersetuju, masuk tahun ketiga mungkin cinta mereka akan retak dan mereka akan menghasilkan dua buah buku lagi masing2 bertajuk jantan dan juga betina.
aku dah baca kedua dua buku ni. jadi aku bolehlah review serba sedikit tentang buku ini. bagus! bagus! memang bagus kedua dua buku ini. hero mengisahkan kisah hidup seorang lelaki yang dianggap hero. penulis yang lansung tak ada ciri2 hero cuba menipu pembaca dengan berimiginasi dirinya adalah seorang hero. heroin mengisahkan kisah hidup seorang perempuan yang dianggap heroin. penulis yang lansung tak ada ciri2 heroin cuba menipu pembaca dengan berimiginasi dirinya adalah seorang heroin.
3 buah buku lagi, adalah buku 1, buku 2 dan juga buku 3. ok, aku lupa buku apa. tak kisahlah, tapi ada 5 buku la semuanya. jadi apa tunggu lagi, rembatlah hero dan heroin segera dengan harga aku lupa nak tanya! eh, tiba2 kena beli pula. tak payah pening kepala fikir percuma atau kena beli. yang penting, hadirkan diri dahulu di perlancaran 5 buku terbaru lejen press. MAKAN PERCUMA ADA kalau anda sampai dahulu sebelum nami.
Tweet
9 cucian kain burok:
buku kontrol histeria.
tu je aku tau. huhuh.
kau bab makan free memang laju jugak ke macam mana
nami tu sapa?
kahkahkah
makan <3
aku tunggu ko offer bagi aku pinjam jer la buku tu.....
klu hang yg tulih buku tu mungkin aku beli man..#serius
klu hang yg tulih buku tu mungkin aku beli man..#serius
kahkahkah
razman...knp x tulis entry baru?!?!?!?!?!? kenapa?!?!?!?!? kenapa?!?!?!?!?
Post a Comment