agak lama tidak mengupdet. salah seorang senior di opis telah menyedari kewujudan blog ini. maka aku akan mulakan 2012 dengan ucapan
"hai isa, sesungguhnya diri ini amat bertuah ada senior yang baik hati, kacak, bergaya, berdedikasi, berwawasan dan dipenuhi lain2 sifat mahmudah. kini, aku rasa lebih bersemangat untuk bekerja di bawah kepimpinan anda. memang lansung tak kisah kena buat stocktake jam 3 pagi di malam tahun baru. malah rasa gembira. oh, ya appraisal aku 17hb ni, sila komen yang baik2 kerana tak mungkin senior mahmudah mahu komen yang tidak baik kan? mazmumah pula jadinya nanti."
ok, selesai satu tugas membodek. salah satu azam tahun baru, membodek. malam tahun baru kali ini memang mengujakan. jam 3 pagi aku sudah mula bekerja. yelah, masa kan takkan menunggu kita, takkan 3hb baru nak start kerja? mestilah mulakan tahun baru dengan segera. datang kerja 3 pagi contohnya. aku ditugaskan mengira peha ayam, tepung, gula, garam, buah, aiskrim, piza, dan aneka juadah lagi di Nama Dirahsiakan Cafe bukit bintang. jadi, aku menjalankan tugas dengan dedikasi. suruh client kira nanti aku salin konon2 sampling, sementara aku duduk dihidangkan makanan sambil menyalakan wisnton merah di meja berhampiran kaunter.
walaupun aku ditugaskan memerhatikan aktiviti mengira stock seperti ayam yang sudah dipotong contohnya, aku terpesong memerhatikan ayam yang masih hidup di sekitar bukit bintang. ada juga spesis lembu mungkin. antara yang menarik perhatian, di malam tahun baru, aku masih nampak sepasang pasangan punk berjalan mundar mandir sambil buat muka bodoh pada semua orang. rasa mahu tergelak, kamon lah. ini kan 2012, masih wujud ke budaya punk? 2012 orang dah beralih arah pada budaya mengira peha ayam, tepung, gula, garam, buah, aiskrim, piza, dan aneka juadah lagi di Nama Dirahsiakan Cafe bukit bintang.
di satu sudut lagi, berhadapan dengan starbucks, kelihatan seorang kanak2 lelaki yang aku pasti bulu ketiak pun masih belum tumbuh, sedang bershuffle dengan gembira, walaupun dia sebenarnya kelihatan bodoh, tapi dia rasa dia sedang dikagumi oleh jutaan peminatnya. tiada apa yang pelik sangat. cuma yang aku pelik, apabila seorang lagi kanak2 perempuan bertudung, baju labuh, ala2 muslimah sejati gittew, tiba berpelukan dengan kanak2 lelaki tadi da ikut bershuffle di khalayak ramai. aku pelik, kenapa shuffle mesti berpakaian macam tu? macam mana kami yang lelaki ni nak menikmati adegan2 panas seperti top terlondeh ketika bershuffle apa semua? sedih tengok kanak2 perempuan tadi, rasa mahu sahaja mendekatinya dan cakap, "dik, shuffle ni was so last year la. 2012 orang semua sibuk mengira peha ayam, tepung, gula, garam, buah, aiskrim, piza, dan aneka juadah lagi di Nama Dirahsiakan Cafe bukit bintang."
di kala jam sudah 5 pagi, aku mula merindui katil. agak tidak adil di situ, dari perancangan sepatutnya stocktake habis jam 5. tapi kenapa banyak lagi belum setel? tapi kanak2 di bukit bintang masih segar dan tak reti2 nak balik. hairan juga aku, bebas betul mereka merayap. siap meracau racau ada 2-3 orang kelihatan mabuk. polis di seberang jalan ntah buat apa. sah2 semuanya budak bawah umur. tinggi sekor2 paras lutut aku je. geram juga mahu lututkan gigi mereka hingga berterabur bila salah seorang angkat isyarat jari tengah bila aku pandang. ialah, setakat jari 2 inci, tak payah la nak tunjuk. tak malu ke berkemaluan kecil? mana mak bapak kanak2 bawah umur ni semua? sebab aku tak nampak kanak2 bangsa lain yang tinggi paras2 lutut ni. semua melayu. kalau ye pun sporting tak kisah anak mabuk, kesian la kat diorang meracau racau tepi jalan tu. bawa la balik rumah, dinner sama2, pastu lawan dengan anak siapa lagi banyak minum. main beer pong ke, at least hubungan kekeluargaan tu ada. dari biar mereka melilau kat bukit bintang sampai subuh, lebih baik suruh mereka mengira peha ayam, tepung, gula, garam, buah, aiskrim, piza, dan aneka juadah lagi di Nama Dirahsiakan Cafe bukit bintang.
Tweet
8 cucian kain burok:
lol
hang kira stock kat mana sebenarnya neh?
lagi satu, apa ending budak tunjuk jari tengah tu
takkan xda sebarang tindakan.
budak2 merayakan hari2 terakhir cuti skolah la weh. ape kau tau.
kau tau kira peha ayam, tepung, gula, garam, buah, aiskrim, piza, dan aneka juadah lagi di Nama Dirahsiakan Cafe bukit bintang je. diorang tak pandang suma tu. kehkehkeh!
Hanamaruku :
sejak keje LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI, kemain komen pun lol lol lol je kat mana2.
bact. :
kan dah sebut kat bukit bintang. berhampiran dengan monorail tu. pasal budak jari tengah tu, aku buat tak tau je terus usha. diorang bukan berani buat apa pun. n aku pun tak bodoh nak buat apa2 kat budak tinggi paras2 lutut.
Clarky Afif :
tak kisah la nak merayau. tp urban sgt la diorang. kagum aku. n aku yakin diorang belum belajar cara2 mengira peha ayam, tepung, gula, garam, buah, aiskrim, piza, dan aneka juadah lagi di Nama Dirahsiakan Cafe bukit bintang.
pitching ok. semua ok. tapi tajuk kurang sesuai sikit. tajuk yang lebih sesuai ialah Mengira Peha Ayam.
kes trauma kira peha ayam ke hape ni sampai mention banyak kali...hahaha
ko mesti buat tutorial cara2 mengira peha ayam, tepung, gula, garam, buah, aiskrim, piza, dan aneka juadah lagi untuk entri seterusnya
nan cheese ada tak kat situ?
Post a Comment