petang tadi mak aku kol. hmm. tak menarik pun info tu. celaka, lamanya tak menulis di sini. sudah hilang upaya. hanya aku mahu beritahu aku masih hidup.
aku sedang menulis sebuah buku dengan tulisan tangan. itu punca aku tidak menulis di sini. harap kamu semua menyokongnya jika ia benar2 diterbitkan. aku nak kumpul duit kahwin.
malam ini aku akan ke parti bujang untuk meraikan sagat yang bakal bernikah esok. ok, ini pun tak menarik untuk diceritakan.
oh, jiran aku ada beli tilam baru. tapi dia tak ajak aku tidur bersama. tegur aku pun dia tak pernah. mungkin dia gementar.
nampak? aku dah tak boleh menulis. aku janji akan pergi kelas menjahit, dan ceritakan cara2 menjahit agar aku boleh menulis sesuatu kembali di sini.
Tweet
16 comments:
aku support kau buat buku.
just dont give up and all the best!
kalau gini gayanya kau updet, tak payah la..
anon:
support saja tanpa beli tidak berguna.kakaka
shamofasad:
lansung tak hargai effort aku nak updet!
kalau ko update
Assalammualaikum all my fans..
itu lagi menarik.
kahkahkah
syukurlah kau masih bernyawa..haha
kalau buku kau mantap aku beli
takpe razman , masing2 punye skill @ aura dah makin takde .. keep it up razman .. ~ hahaha - jalak
24 tu smpena umur ko 24 taun kan? haha.
(ceh, aritu ckp x nak menulis la konon. hahaha. da agak da ko bakal jadi pnulis seangkatan dgn siv)
tahniah sebab ko dh igt balik pasword ko
kau buat buku razman, aku nak baca. mohon cepat terbitkan
aku musykil..kenapa entry tu bertajuk 24!
aahhaa. sket mcm ni pun lawak weyh. kau ni manusia jenis apa ea? hebat betul penulisan kau.. terbit cepat okeyh. supaya cepat kawin :PP
bakat kau tak pernah hilang man. tetap hebat. macam daki di ketiak yang tak pernah hilang.
aku suka dgn cerita tilam jiran ko...harap dpat kembangkan lg cerita tu..
ko tulis ke menaip?
oo..hidup lagi ko
Kalau kau boleh rajin menulis buku tulisan tangan, update dengan cara yang sama lah. Tulis kat a4 paper, pastu snap atau scan upload sini. Setel. Selamat dengan buku tu! (;
Post a Comment